MH Online

Laman Suara Rakyat

Pengkalan Nelayan Jalan Tangki ‘Port’ Baik Untuk Kaki Pancing

Pengkalan Nelayan Jalan Tangki 'Port' Baik Untuk Kaki Pancing

PELABUHAN KLANG, Persatuan Pengkalan Nelayan Jalan Tangki meminta pihak-pihak tertentu di Selangor supaya tampil membantu persatuan tersebut dengan tujuan untuk melihat kawasan itu sebagai lokasi pelancongan terbaru di negeri itu.

Apa yang mereka minta ialah jambatan kayu yang telah rosak terok hendaklah digantikan dengan baru supaya orang ramai mudah datang ke pengkalan.

Seorang ahli persatuan, Saiful Nizam Johari yakin sekiranya jambatan baru dapat didirikan hasrat ahli untuk mencari rezeki akan terlaksana.

“Persekitaran kawasan ini merupakan kegemaran kaki pancing. Pelbagai khazanah laut terdapat di sini seperti udang, ikan dan sebagainya lagi.

“Selain daripada itu pemandangan di sini amat cantik sekali. Bagi sesiapa yang ingin mencari ketenangan di sinilah tempatnya,” kata beliau.

Beliau yang dikenali dengan Zam Yakuza bagaimanapun berkata oleh kerana jambatan tersebut usang dan boleh mengancam keselamatan, kehadiran orang ramai ke situ menurun dengan ketara.

Menurut beliau satu ketika dahulu jumlah kehadiran ke kawasan berkenaan menghampiri 100 orang kini jumlahnya tidak sampai separuh.

Justeru itu beliau meminta pihak-pihak tertentu tampil membantu pengkalan tersebut dengan membangunkan restoran berasaskan makanan laut serta tempat beriadah.

Selain menyewakan bot kepada pemancing dengan kadar harga yang ditetapkan, pelancongan dalam dan luar negara boleh melawat tempat-tempat menarik menggunakan bot.

Dengan harga sewaan berpatutan, pelawat dapat melihat sebuah pulau iaitu pulau babi yang dikatakan sebuah pulau yang cukup ‘keras’ dan sesiapa sahaja takut menghampiri kawasan tersebut.

Selain daripada itu, sebuah perkampungan orang asli yang agak moden dan bersih dapat dilihat menerusi susuri laut ini.

Perkampungan orang asli Sungai Chandong ini mempunyai keunikan kerana berdekatan dengan Pelabuhan Klang.

“Kepada peminat yang ingin menyusuri sungai menggunakan bot dan mahu melihat burung undan bermain-main dan nak menjala udang serta ikan, bolehlah menghubungi Jamal Kamaruddin menerusi nombor telefon 019 3112383,” katanya.