Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pengganti Maszlee Perlu Teguh Prinsip Pendidikan Nasional

Pengganti Maszlee Perlu Teguh Prinsip Pendidikan Nasional

MARANG, Individu yang bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Dr Maszlee Malik, haruslah seorang yang mampu melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan dan memperkasa pendidikan mengikut perlembagaan negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata kerajaan perlu memastikan individu yang bakal dilantik ke jawatan penting itu berpegang teguh kepada prinsip pendidikan nasional dan beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mampu membuat keputusan terbaik mengenainya.

“Terpulang kepada PM (perdana menteri) mahu lantik siapa sebagai menteri pendidikan baharu, tetapi memang sejak dulu lagi, sejak merdeka, kita melihat kepada pemimpin daripada kaum yang menguasai negara dan berkonsep pendidikan kebangsaan (untuk dilantik sebagai menteri pendidikan).

“Ini kerana setiap negara ada pendidikan kebangsaan dan nasional yang perlu dipertahankan. Yang pasti, menteri pendidikan mestilah seorang yang boleh melaksanakan dasar pendidikan mengikut perlembagaan negara kita.

“Peletakan jawatan Dr Maszlee itu adalah masalah rumah tangga dalaman PH. Kita pun tak tahu sama ada kekecohan itu cuma untuk alih perabot saja atau krisis rumah tangga,” dipetik sebagai berkata, hari ini.

Leave a Reply

Top