Dua pengarang kanan The Star telah digantung tugas berikutan siasatan lanjut yang dijalankan berhubung laporan muka depan akhbar itu yang telah mencetuskan kontroversi pada 27 Mei lalu.

Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Leanne Goh Lee Yen dan Pengarang Eksekutif, Dorairaj Nadason tidak akan menjalankan tugas masing-masing sehingga diberitahu kelak.

Sehubungan itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai akan memantau operasi jabatan pengarang sepanjang tempoh berkenaan.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *