MH Online

Laman Suara Rakyat

Pengarah Agensi Kerajaan Ditahan SPRM

Pengarah Agensi Kerajaan Ditahan SPRM

GEORGETOWN, Pengarah sebuah agensi kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.

Sumber berkata, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan di pejabat SPRM jam 8.10 pagi.

Menurutnya, pengarah terbabit didapati menyalahgunakan jawatannya dengan memberikan projek kepada syarikat milik anaknya.

“Pengarah terbabit didapati mencadangkan syarikat anaknya untuk sistem kelas Tabika Perpaduan Pulau Pinang kepada Jawatankuasa penilaian Sebutharga Perkhidmatan Sistem EDU KIDS yang bernilai RM45,472.

“Suspek akan direman jam 2 petang ini di Mahkamah Georgetown dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.