MH Online

Laman Suara Rakyat

Pendidikan Dan Kebajikan Keutamaan Yb Hasbi

Pendidikan Dan Kebajikan Keutamaan Yb Hasbi

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah mempunyai cara tersendiri apabila mahu menghulurkan sebarang bentuk bantuan kepada orang ramai yang mahu memohon pelbagai bantuan daripada beliau.

Soal kebajikan dan pendidikan merupakan agenda utama beliau ketika menyemak senarai panjang yang sampai ke pejabatnya sebelum memilih bantuan lain untuk disampaikan kepada pemohon.

“Kebajikan yang saya maksudkan ialah orang-orang sakit dan orang susah.

“Orang-orang inilah yang jadi keutamaan saya. Merela ini perlu dibantu bagi meringankan beban ditanggung.

“Yang satu lagi adalah soal pendidikan. Pendidikan luas seperti bantuan pakaian sekolah dan macam-macam lagilah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui di pejabatnya di Bangunan Parlimen petang tadi setelah selesai menyampaikan sumbangan kepada lima Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Pertubuhan tersebut ialah Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Persatuan Anak-Anak Limbang Di Semenanjung (PALS) Persatuan Anak Borneo Semenanjung (PABS) Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pergerakan Sahabat Uswatun Hasanah(PSUH).

KVKM diwakili oleh Mat Shah Yassin, Petra Sulai (PALS) Rosalind Rahimah Kamis Abdullah (PABS)  Mohd Alif Anas Md Noor (GPMS) dan Mohd Anuar Kader Mydin dari PSUH.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang menegaskan apabila memperkatakan soal bantuan ini beliau sama sekali tidak pernah membezakan anutan parti individu ataupun  NGO terbabit.

Sebaliknya lebih senang menghulurkan bantuan ataupun sumbangan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa ambil kira bangsa, agama dan kepartian.

Hasbi menegaskan perkara sedemikian adalah lebih baik dan ikhlas daripada bertanyakan pelbagai soalan sebelum sebarang bantuan hendak disampaikan.

Beliau menegaskan selain anak-anak Sarawak khususnya dari Limbang yang menetap di Semenanjung diberi bantuan, beliau juga berbuat dekimian kepada sesiapa sahaja yang beliau fikirkan patut menerimanya.

“Kita tak usah fikirkan sangat siapa mahu dibantu. Paling penting sekali jika kita fikirkan orang itu patut kita bantu, kita bantulah,” katanya.

Video