Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Pendatang Haram Yahudi Tidak Akan Berpindah

Pendatang Haram Yahudi Tidak Akan Berpindah

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa Israel tidak akan memindahkan walaupun seorang pendatang haram Yahudi sebagai penyelesaian kepada pelan damai masa depan.

“Saya katakan tidak satu pun penempatan akan dipindahkan dari Tebing Barat,” kata Netanyahu kepada stesen televisyen 13 Israel dalam satu wawancara, semalam.

Washington dijangka mengumumkan beberapa cadangan untuk perdamaian Israel-Palestin, selepas pilihan raya Israel yang dijadualkan Selasa depan, ia menyaksikan Netanyahu mahu melanjutkan penggal pemerintahannya.

“Saya tahu apa yang patut ada, ia membabitkan kawalan kita terhadap wilayah di barat Sungai Jordan,” kata beliau ketika ditanya sama ada mengetahui perincian pelan damai itu.

Netanyahu berkata, beliau memberitahu Trump bahawa ‘tidak seorang pun’ Yahudi akan dipindahkan dari penempatan dan meragui sama ada permintaan sebegitu akan dikemukakan.

Jika langkah sedemikian dicadangkan, Israel akan menarik diri daripada rancangan Washington, katanya lagi. – AFP

Leave a Reply

Top