Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Pendakwah Hindu Dipenjara Seumur Hidup

Pendakwah Hindu Dipenjara Seumur Hidup

Seorang pendakwah agama Hindu yang difahamkan memiliki berjuta pengikut, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di India, hari ini bersabit kesalahan merogol seorang remaja perempuan.

Difahamkan, lelaki berkenaan mengambil kesempatan itu atas alasan mahu mengusir roh jahat daripada gadis berusia 16 tahun itu.

Ini adalah kes penderaan seksual terbaharu ke atas individu digelar sebagai ‘lelaki warak’.

Hakim memutuskan hukuman itu di penjara di bandar Jodhpur, Rajasthan, tempat Asumal Harpalani atau Asaram Bapu ditahan sejak September 2013.

Lelaki berusia 77 tahun itu yang mempunyai lebih 400 pusat pengajian di seluruh dunia pernah dinafikan ikat jamin lebih 10 kali sebelum ini.

Peguam bela, Sushma Dhara berkata beliau akan mencabar keputusan itu.

“Hukuman ini menjadi satu kelegaan amat besar” kata Kiran Jha Thakur, pengasas Kalpana, sebuah badan bukan kerajaan yang membantu kes keluarga mangsa.

“Ia menunjukkan bahawa walaupun jika anda seorang ‘lelaki warak’, jika melakukan jenayah, badan kehakiman akan mendapatkan anda,” kata Thakur. – Reuters

Leave a Reply

Top