Share on Facebook

CHUKAI, Nelayan laut dalam yang menangkap ikan di kawasan persisir pantai, bakal dikenakan denda lebih tinggi.

Menteri  Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata tindakan itu bagi mengelak kejadian kerosakan bubu dan unjam nelayan pantai musnah akibat pencerobohan bot laut dalam.

Beliau berkata, kementeriannya sedang menyiapkan kertas kerja terbabit yang kini berada di peringkat akhir sebelum dibawa ke Kabinet.

“Kementerian juga turut membuat kajian untuk menaikkan kadar bayaran permohonan lesen bot laut dalam ia juga antara satu kaedah yang difikirkan boleh mengelak isu pencerobohan kawasan pantai.

“Kita turut membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan soal penguatkuasaan termasuk daripada sudut kadar yuran bagi mendapatkan lesen,” katanya selepas program santai bersama peniaga di Pantai Teluk Mak Nik, di sini, pada rabu.

Beliau diminta mengulas masalah dialami nelayan Pantai Paka, Dungun dan Pengkalan Chepa, Kelantan, yang mendakwa bubu dan unjam mereka dirosakkan bot pukat tunda tempatan yang menangkap ikan di kawasan larangan.

Ahmad Shabery berkata, yuran lesen laut dalam yang dikenakan sekarang hanya RM3,000 setahun dan ia terlalu rendah.

“Kita juga akan memperkemaskan lagi beberapa kriteria untuk syarat permohonan lesen.

“Kerajaan sangat bersimpati dengan nasib golongan nelayan pantai yang sukar memperoleh pendapatan berikutan aktiviti pencerobohan bot laut dalam itu.

“Saya meminta nelayan pantai supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa dan kementerian sendiri sekiranya masih berdepan masalah pencerobohan bot laut dalam supaya tindakan segera boleh diambil,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *