Sebuah program realiti “gameshow” TV3 yang menampilkan 14 gadis pintar dari seluruh Malaysia kembali dengan musim kedua! Pada musim lepas, kita telah menyaksikan ketangkasan dan kepintaran Fatin dari Kelantan ketika menjawab kuiz yang diberi sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai Clever Girl Malaysia pertama sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Memasuki musim terbaharu, pencarian gadis-gadis bijak ini bermula pada 1 April dan akan berakhir pada 7 Mei 2017. Peringkat pertama sesi uji bakat akan berlangsung di 6 lokasi sekitar seperti berikut:

  • 1 April – The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang
  • 8 April – Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
  • 15 April – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
  • 22 April – Persada Johor Convention Centre, Johor
  • 29 April – Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang
  • 6 & 7 Mei – Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor

Terbuka kepada peserta wanita yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun, warganegara Malaysia, berperwatakan menarik dan mempunyai pengetahuan yang luas merupakan kriteria utama untuk menyertai Clever Girl Malaysia.

Terdapat satu lagi cara untuk menyertai program ini. Selain daripada menghadiri sesi uji bakat Clever Girl  Malaysia, gadis-gadis yang celik media sosial boleh mencalonkan diri mereka sendiri atau rakan-rakan lain di laman sosial Instagram dengan memuatnaikkan rakaman video berdurasi 60 saat dengan hashtag #clevergirlmy, beserta huraian “mengapa anda adalah Clever Girl yang kami cari” atau  “mengapa rakan anda adalah seorang Clever Girl”.

Jangan lupa untuk tetapkan akaun Instagram sebagai umum (public). Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui akaun Instagram mereka untuk ke peringkat saringan.

Peringkat kedua uji bakat pula merangkumi ujian penulisan di mana para peserta harus menjawab 30 soalan pengetahuan am, dan sesi temu bual di hadapan kamera yang menguji personaliti mereka. 28 peserta yang berjaya kedua-dua peringkat uji bakat ini akan disenaraipendekkan untuk menyertai “boot camp” Clever Girl Malaysia yang akan diadakan dengan kerjasama Mensa pada bulan Mei ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl .

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *