Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pemimpin PAN Berkumpul Di Putrajaya

Pemimpin PAN Berkumpul Di Putrajaya

PUTRAJAYA, Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mengadakan perjumpaan di sebuah kediaman dekat Presint 10 di sini jam 1 tengah hari tadi.

Difahamkan pertemuan kepimpinan tertinggi parti bersama ahli itu diadakan susulan isu polemik politik Pakatan Harapan (PH) sejak petang semalam.

Antara yang berada di kediaman itu termasuk Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Husam Musa.

Kesemua mereka keluar dari rumah berkenaan secara berasingan pada jam 2.50 petang hingga 3 petang.

Setakat ini, pemimpin AMANAH mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kemelut politik yang berlaku sejak semalam.

Leave a Reply

Top