Pembantu khas kepada seorang ADUN DAP didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown atas tuduhan mencabul kehormatan seorang pelajar kolej berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan sambilan.

Suspek yang juga seorang bekas kaunselor mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan terbabit.

Menurut shit dakwaan, lelaki berusia 50 tahun itu didakwa mencabul dengan menggunakan kekerasan di kawasan tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai kira-kira pukul 11.30 malam pada 6 Jun.

Suspek didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul mangsa.

Suspek boleh dipencarakan sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atau dua daripada tiga hukuman terbabit jika sabit kesalahan.

Majistret Catherine Nicholas membenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin selepas peguam suspek, Gnasegaran Egamparam memberitahu mahkamah bahawa ikat jamin itu adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh selain kerjasama yang diberikan oleh anak guamnya dengan pihak polis.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *