MH Online

Laman Suara Rakyat

Pembangkang Tolak Rais Jadi Presiden Dewan Negara

Pembangkang Tolak Rais Jadi Presiden Dewan Negara

KUALA LUMPUR, Barisan senator dari parti pembangkang membantah cadangan untuk melantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai Presiden Dewan Negara.

Perkara itu dinyatakan melalui kenyataan bersama dikeluarkan Senator Yusmadi Yusoff (PKR), Senator Aiman Athirah Al Jundi (Amanah); Senator Datuk Wira Marzuki Yahya (Pejuang); Senator Liew Chin Tong (DAP); Senator Datuk Theodore Douglas Lind (Warisan) dan Senator Datuk Donald Peter Mojuntin (UPKO).

Menurut kenyataan tersebut, sebagai presiden yang dilantik, individu terbabit perlu memupuk kesepakatan dalam kalangan anggotanya.

“Dewan Negara fitrahnya sebuah dewan yang harmoni dan kurang berbalah, justeru ia memerlukan seorang presiden yang mampu memupuk konsensus dalam kalangan anggotanya.

“Oleh itu, kami berpendapat (Tan Sri) Rais Yatim bukanlah individu yang sesuai untuk memegang peranan tersebut,” katanya.

Mereka menggesa kerajaan berunding mengenai kedudukan presiden dengan semua parti politik yang diwakili dalam Dewan Negara berkenaan supaya boleh diterima semua pihak.