Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Pembangkang Rusia Rancang Tunjuk Perasaan

Pembangkang Rusia Rancang Tunjuk Perasaan

Pembangkang Russia dan ‘Muscovite’ (penduduk Moscow) merancang mengadakan tunjuk perasaan di sini, hari ini, menuntut pilihan raya bebas dan adil walaupun polis mengenakan tindakan keras termasuk memenjarakan pengkritik Kremlin, Alexei Navalny.

Pihak berkuasa memenjarakan pencabar utama Presiden Vladimir Putin untuk tempoh 30 hari dan melancarkan tindakan keras terhadap sekutunya, tetapi kumpulan aktivis berkata mereka tidak akan meninggalkan rancangan semata-mata untuk menyertai tunjuk perasaan tanpa kebenaran.

Tindakan pihak berkuasa dibuat ketika ahli politik pembangkang sedang berjuang untuk mendapatkan undi untuk mengadakan pilihan raya parlimen Moscow pada September depan.

Cadangan itu dibuat ketika kemarahan rakyat kian memuncak terhadap taraf hidup yang semakin buruk dan penurunan sokongan terhadap Putin.

Minggu lalu, 22,000 penunjuk perasaan terbabit dalam bantahan di Moscow, bantahan terbesar dtahun ini, selepas pihak berkuasa menolak untuk membenarkan calon pembangkang bertanding. Pengkritik menyifatkan ia satu alasan.

Sejurus selepas pembangkang mengancam untuk mengadakan tunjuk perasaan lebih besar pada 27 Julai di luar pejabat datuk bandar. Nvalny dipenjarakan. Beberapa calon yang dibatalkan pencalonan mereka diserbu di kediaman dan pejabat.

Semalam, sekutu Nvalny berkata, polis turut menyerbu ibu pejabat kempen dalam serbuan terbaru. – AFP

Leave a Reply

Top