Pelantikan semula Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) adalah penting untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras syarikat itu.

Sambil mengalu-alukan pelantikan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, ia juga menjamin kesinambungan yang diperlukan agar perbelanjaan pentadbiran kekal rendah, meningkatkan produktiviti aset sedia ada dan melupuskan aset bukan teras atau tidak berdaya maju.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi menggantikan Mohd Isa yang sudah tamat tempoh perkhidmatannya.

Bagaimanapun Mohd Isa kekal sebagai Pengerusi FGV.

Najib berkata, di bawah penstrukturan semula itu, terdapat pembahagian tanggungjawab menjaga kebajikan dan status sosio-ekonomi peneroka serta perniagaan FELDA.

“Mohd Isa menjadi pengerusi syarikat itu sejak 2011.

“Sepanjang tempoh tersebut, beliau menunjukkan kualiti kepemimpinan yang hebat dalam menghadapi pelbagai cabaran bagi memastikan nilai pemegang saham terjamin,” kata Zakaria dalam satu kenyataan kepada media.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *