MH Online

Laman Suara Rakyat

Pelancong HK Maut Di Grand Canyon

Pelancong HK Maut Di Grand Canyon

Seorang pelancong Hong Kong maut selepas terjatuh dari lereng bukit ketika merakam foto kenangan di tapak tinjau Grand Canyon, semalam.

Jurucakap Grand Canyon West, David Leibowitz berkata, pelancong dipercayai berusia dalam lingkungan 50an itu sedang merakam gambar pada waktu pagi di tapak tinjau Eagle Point yang mengadap penempatan puak Hualapai apabila tergelincir.

Menurut Leibowitz, mangsa dianggap sudah meninggal dunia dan penyelamat sedang berusaha mencari mayat mangsa.

Identiti pelancong berkenaan tidak diketahui.

Lelaki itu adalah sebahagian daripada kumpulan pelancong ke Grand Canyon West, lokasi terkenal di Amerika Syarikat mencakupi lengkungan berbentuk ladam kuda dan titian kaca Skywalk yang membolehkan pelawat melihat keadaan di situ sedalam 4,000 kaki bawah tanah.

Ia terletak di bahagian barat Taman Negara Grand Canyon. – Reuters