Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pelancaran Markas BN Chukai Meriah

Pelancaran Markas BN Chukai Meriah

Oleh : Zabidi Saidi

CHUKAI, Kira kira 2,000 orang pelbagai kaum  hadiri majlis pelancaran Markas BN Cawangan Chukai di hadapan Pasar Kemaman di sini tengahari semalam.  Majlis itu diserikan dengan kehadiran Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman, Datuk Rohani Abdullah.

Petang kelmarin dua ekor lembu sumbangan Tulangis Maju Sdn Bhd dikorbankan untuk menjayakan majlis jamuan rakyat tersebut. Sebelah malamnya pula diadakan majlis solat hajat selepas solat isyak. Turut hadir ialah bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Mohamed Rahim Husin, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Haji Mustafa Abdul Rahman dan Pegawai Tugas Tugas Khas Menteri Besar, Mat Dalam Awang.

Majlis tersebut memaparkan solidariti ahli-ahli Umno dalam DUN Chukai untuk merampas kembali kerusi tersebut dari tangan PAS.

Pada tahun 2013, calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid tewas kepada calon PAS, Hanafiah Mat dengan majoriti  2,446 undi. Hanafiah mendapat 12,457  undi manakala Wan Ahmad Nizam yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar mendapat 10,011 undi.

Pemerhati politik meramalkan jika semua ahli Umno bersatu tanpa mengira siapa calon maka BN dapat merampas semula kerusi tersebut dari tangan PAS. BN dijangka mendapat tentangan sengit tiga penjuru dari calon PAS dan calon PKR yang mana pengundi Cina akan jadi undi penentu yang mana kerusi DUN Chukai dianggap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai kerusi wajib menang untuk meneruskan pembangunan daerah Kemaman bagi lima tahun akan datang.

Di antara calon calon BN yang disebut sebut bakal bertanding di DUN Tersebut ialah Pegawai Pembangunan DUN, Datuk Mohamed Awang Tera, Pegawai Khas Menteri Besar, Mat Dalam Awang dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Ahmad Fikri Ibrahim.

Leave a Reply

Top