Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Pelaku Letak Jarum Dalam Strawberi Berdepan Hukuman Penjara

Pelaku Letak Jarum Dalam Strawberi Berdepan Hukuman Penjara

SYEDNEY, Polis Australia mengakui belum tahu siapa yang meletakkan jarum menjahit dalam pasar raya yang menjual buah strawberi tetapi memberi amaran bahawa mereka yang bertanggungjawab boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Ketika bilangan ‘serangan’ meningkat dan ada pula yang meniru perbuatan itu dengan meletakkannya dalam buah epal dan pisang dalam kejadian di Sydney, polis memberi amaran bahawa jenayah itu amat serius.

“Ia satu kesalahan besar yang membawa kepada hukuman penjara 10 tahun,” menurut Detektif Superintenden Danny Doherty yang menyifatkannya satu perbuatan khianat.

Polis berkata, sudah 20 laporan kes jarum dan pin dalam strawberi berlaku di New South Wales berbanding enam di tempat lain.

“Kami belum dapat tahu apa motif atau alasan seseorang itu tergamak melakukan perkara ini. Kami belum dapat sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak.

“Bagaimana seseorang itu boleh meletakkan jarum atau pin dalam strawberi sedangkan mereka tahu apa akan berlaku ke atas sesebuah keluarga atau anak kecil? Pasti ada alasannya,” kata Doherty.

Keadaan itu menyebabkan pasar raya menarik balik produk buah berkenaan manakala ada kedai di New Zealand mengharamkan buat sementara jualan runcit strawberi Australia. – AFP

Leave a Reply

Top