MH Online

Laman Suara Rakyat

Pelajar Malaysia Di Luar Negara Diminta Kekal Di Sana

Pelajar Malaysia Di Luar Negara Diminta Kekal Di Sana

KUALA LUMPUR, Pelajar Malaysia di luar negara dinasihatkan supaya terus berada di kediaman masing-masing di negara berkenaan dan tidak perlu pulang ke tanah air.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, kerajaan melalui Kementerian Luar mengutamakan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara untuk urusan balik ke negara ini.

“Nasihat kerajaan masih sama kepada semua pelajar di luar negara untuk tidak membenarkan mereka pulang, lebih baik tinggal di kediaman masing-masing (di sana),” katanya dalam sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya kerajaan mendengar rintihan rakyat yang terkandas di luar negara.

Justeru, katanya kedutaan Malaysia di luar negara akan memantau rakyat yang terkandas dan berusaha membawa mereka balik ke tanah air.

“Setakat ini 355 rakyat Malaysia di Algeria dan Tunisia sudah di bawa balik dan mereka dibiayai oleh majikan mereka begitu juga rakyat kita di India dan Sri Lanka seperti diviralkan baru-baru ini membabitkan 51 orang yang kini dalam proses di bawa pulang.

“Seramai 285 rakyat Malaysia dari Mesir sudah tiba di Malaysia begitu juga 80

rakyat kita di Arab Saudi yang mana kos semuanya ditanggung oleh Kerajaan Arab Saudi. Seramai 352 rakyat Malaysia di Turki dan sedang dalam tindakan untuk di bawa pulang, ” katanya.

Sehubungan itu, katanya keluarga masing-masing tidak perlu bimbang kerana kerajaan dalam proses membawa mereka pulang.