MH Online

Laman Suara Rakyat

Pelajar Cemerlang Tercicir Diseru Sambung Pelajaran Di KPTM

KOTA BHARU, Ibu bapa yang tidak berkemampuan diseru menghantar anak-anak mereka yang cemerlang dalam akademik untuk menyambung pengajian di Kolej Polytech Mara (KPTM) memandangkan banyak kemudahan disediakan untuk golongan berkenaan.

Pengerusinya, Ahmad Nazlan Idris berkata, bagi memastikan setiap kediaman di Malaysia ada mahasiswa, pihaknya mengambil peranan itu dan mahukan ramai lagi menyertai KPTM.

“Untuk tahun ini kita sediakan 2,000 tempat kepada pelajar yang cemerlang dan pada mereka yang terdiri dari keluarga berpendapatan rendah mereka akan mendapat tajaan dari Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Dengan peluang yang dibuka ini, kita harap lebih ramai lagi menyertai KPTM dan bersama kita dalam usaha membantu golongan berkenaan mencapai impian dan kejayaan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis KPTM Prihatin bersama warga staf Kota Bharu di Lembah Sireh di sini.

Ahmad Nazlan berkata, terdapat sembilan kampus KPTM di seluruah Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, pihaknya mahu lebih ramai pelajar mendapat pendidikan yang lebih baik dan menyertai KPTM untuk menjamin masa depan yanglebih baik pada masa akan datang,”katanya kepada media di sini hari ini.

“Bagi mereka (pelajar) yang mahu menyertai KPTM banyak tawaran kursus yang disediakan termasuk dari peringkat Diploma sehingga ke Ijazah.

“Kita harap seruan kerajaan dapat direleasasikan bagi memastikan lebih ramai mahasiswa dapat dilahirkan melalui KPTM,” katanya.