Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > ‘Peking Man’ Di Muzium Negara

‘Peking Man’ Di Muzium Negara

Pameran manusia purba China yang dikenali sebagai ‘Peking Man’ atau Manusia Peking, kini berlangsung di Muzium Negara Malaysia.

Sebanyak 117 artifak telah dibawa khas dari Muzium Tapak Zhoukoudian, termasuk tengkorak, tulang, gigi dan alatan batu yang menunjukkan kebudayaan manusia terawal di China.

Pameran bermula hari ini hingga 16 Jun itu, diadakan bersempena ulang tahun ke-44 hubungan diplomatik China dan Malaysia oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama Muzium Tapak Zhoukoudian, China.

Ketua Pengarah JMM Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata Zhoukoudian menarik perhatian

dunia sebagai tapak penempatan kelompok manusia pra-sejarah utama di benua Asia sehingga diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia pada 1987.

“Justeru, JMM berharap pameran ini menjadi satu platform perkongsian dan pertukaran ilmu khususnya dalam bidang penyelidikan sejarah, arkeologi serta perlindungan tapak warisan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pameran itu.

Pameran ‘Peking Man – Tapak Warisan Zhoukoudian’ tersebut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Leave a Reply

Top