MH Online

Laman Suara Rakyat

Pekerja Asing Akan Diasingkan Jika Bergejala

Pekerja Asing Akan Diasingkan Jika Bergejala

PUTRAJAYA, Pekerja warga asing dalam semua sektor ekonomi, termasuk tukang gunting rambut, tetap akan diasingkan jika ada gejala COVID-19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tindakan itu penting bagi membendung penularan yang mungkin boleh mewujudkan kluster baharu jangkitan wabak itu.

“Keutamaan kita ialah jika mereka ada gejala, walaupun ujian mendapati tiada gejala, kita akan tetap mengasingkan mereka di hospital dan perlu melakukan saringan.

“Saringan akan turut dilakukan terhadap rakan serumah mereka, kontak rapat dan rakan, termasuk pelanggan kedai gunting yang sudah gunting rambut.

“Paling penting, pekerja warga asing ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, iaitu wajib melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum kembali bekerja,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, semalam.