Share on Facebook

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan Persatuan Anak anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) Datuk Dr Suhaimi Ibrahim berkata beliau bercadang menganjurkan majlis makan malam untuk mencari dana persatuan tidak lama lagi.

Beliau mengharapkan semua pihak terutamanya badan-badan bukan kerajaan, majlis majlis tempatan dan orang perseorabgan di Pahang memberi kerjasama penuh kepada beliau dengan menyalurkan sumbangan menerusi pembelian meja.

“Kita juga akan mewawancara penderma yang telah bersetuju untuk menderma untuk kita masukkan berita syarikat mereka dalam buku khas terbitan Pekap”, katanya.

Suhaimi menegaskan beliau dan beberapa jawatankuasa akan mengadap Sultan Pahang untuk memohon perkenan baginda dilantik sebagai penaung diraja.

Selain Tuanku Sultan Pahang, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaacob akan dikunjungi untuk dilantik sebagai penasihat 1 dan 2.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *