Dua lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM754,000 dalam kejadian samun di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur di Jalan Genting Kelang, Setapak di sini, Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, dalam kejadian 5.40 petang itu, kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu belakang.

Katanya, suspek bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam perempuan sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil.

“Pada waktu kejadian proses pengiraan wang hasil pendapatan harian di lakukan dua pegawai awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *