MH Online

Laman Suara Rakyat

Pegawai Menteri Lebih Sibuk Dari Menteri

Oleh : Hidayat Fansyuri

Sehari dua ini saya berjumpa teman-teman yang mengeluh betapa sukarnya mereka hendak berjumpa dengan Menteri atas faktor jadual menteri yang padat, kata mereka jika menteri sibuk itu boleh lagi mereka maafkan.

Perkara yang paling tidak boleh diterima adalah jika pegawai seorang menteri itu yang buat-buat sibuk walaupun menterinya sekarang berada diluar negara, sudahlah telefon tidak dijawab sms dan Whatsapp pula haram hendak dibalasnya.

Jika dijawab pun selepas beberapa hari menunggu, jika beginilah sikap pegawai kanan menteri bagaimana beliau boleh memberikan imej yang positif kepada bosnya. Pegawai kanan membawa imej bos jadi jangan sekali-kali memberikan imej yang tidak baik kepada bos.

Itu kata seorang kawan yang kecewa tidak dilayan permintaannya sewaktu minum petang di sebuah restoran berdekatan PWTC pada petang isnin lalu, beliau yang juga seorang penulis dan kawan lama kepada seorang menteri sewaktu mudanya.

Sudahlah kalau masuk berjumpa menteri sampul surat yang diberi ikut “gred”, aku bukanya nak minta minit atau tandatangan menteri kalau dapat berjumpa pun, semua pegawai menteri ni sama sahaja kuat main wayang, tambahnya lagi.

Pada saya mana mungkin pegawai menteri mampu hendak melayan karenah semua orang, dia juga ada urusan hendak diselesaikan, mereka bukanya robot walaupun kawan baik kita. Tidak semua permintaan kita dapat dia penuhi.

Jadi kalau hendak disalahkan pegawai menteri tidak adil, mereka juga ada etika kerja dan SOP yang perlu mereka patuhi, mungkin kali ini permintaan kita tidak dilayan esok lusa kita belum tahu.

Jalan yang terbaik bersangka baik sahajalah, yang pastinya bukan kita seorang sahaja yang kecewa pasti ramai lagi yang sedang menunggu barisan. Sudah menjadi kebiasaan orang-orang kecil seperti kita ini hanya dipandang sebelah mata.