Anda di sini!
Utama > Sukan > Pedro Sedia Harungi “Project Restart” Bersama Chelsea

Pedro Sedia Harungi “Project Restart” Bersama Chelsea

Chelsea berharap pemain sayapnya Pedro akan menandatangani perjanjian sementara untuk membantu kelab mengharungi Project Restart.

Pemain berpengalaman Sepanyol itu bersetuju untuk kekal bagi menamatkan baki sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris sebaik kontraknya tamat hujung bulan ini.

Tetapi pemain 32 tahun itu hanya akan menandatangani perjanjian bersama rakan sepasukannya Willian yang juga akan menjadi ejen bebas bermula 1 Julai.

“Pedro sedia membantu. Dia tahu dia pasti akan meninggalkan Chelsea akhir musim ini.

“Dia mahu melakukan perkara yang betul untuk kelab selepas begitu lama bersama dan menghabiskan musim ini.

“Tetapi pada masa sama dia tidak mahu menjadi pemain pertama yang menandatangani perjanjian sebelum rakannya melakukan perkara serupa.

“Dan situasi Willian sedikit berbeza berbanding Pedro. Willian sedia untuk terus berada di Stamford Bridge,” kata sumber The Blues.

Pedro memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea tiga tahun lalu selain Piala FA dan Liga Europa. – AGENSI

Leave a Reply

Top