KUALA LUMPUR, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menafikan dakwaan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ, adalah bapa saudara kepada Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador.
Ini berikutan dakwaan yang tular di media sosial menyatakan Deputi Komisioner (DCP)
, sebagai bapa saudara Farhash sehingga mempengaruhi siasatan kes.
“Kes terbaru membabitkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Aidil Azim Abu Adam, di mana laporan itu mendakwa DCP Mior Faridalathrash adalah pegawai penyiasat kes berkenaan.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan ingin menegaskan bahawa DCP Mior Faridalathrash bukan bapa saudara Farhash dan semua dakwaan yang dibuat adalah tidak tepat, tidak benar, berniat jahat dan berunsur fitnah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Huzir berkata, semua kes Farhash sebelum ini atau pada bila-bila masa tidak pernah disiasat oleh DCP Mior Faridalathrash dan semua siasatan yang dikaitkan dengan Farhash disiasat oleh Pasukan Khas Siasatan yang secara langsung diselia oleh beliau selaku Pengarah JSJ.
“Segala hala tuju dan keputusan siasatan tidak pernah dibuat oleh DCP Mior Faridalathrash kerana di peringkat PDRM, ia akan diputuskan oleh Pasukan Khas Siasatan berdasarkan bukti dan keterangan yang ada.
“Malah beliau (Mior Faridalathrash) juga tidak pernah berjumpa dengan Farhash sebelum atau selepas apa juga siasatan yang membabitkan Farhash atau Anwar Ibrahim,” katanya.
Beliau berkata semua keputusan siasatan untuk mendakwa atau sebaliknya adalah di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara.
Berita lain
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara
Telefon Dan WhatApp Mahadzir Khalid Digodam
MTUC Mahu Isu Pekerja Ditamatkan Perkhidmatan Dan Pengangguran Diselesaikan