PARIT BUNTAR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti tujuh negeri sebagai ‘kawasan panas’ pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata negeri terbabit ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Negeri-negeri ini antara yang diberikan fokus agar tidak timbul sebarang ancaman kepada ketenteraman awam,” katanya pada sidang media pada program ‘Bebas Jenayah dan Dadah, Masyarakat Kerian Sejahtera’ di sini hari ini.

Menurutnya di Perak sahaja, sebanyak 23 ‘kawasan panas’ di Perak perlu dipantau khususnya Kuala Kangsar, Hilir Perak, Taiping dan Ipoh.

“Semua sedia maklum seramai 1,131 individu kita akan pantau pada PRU kali ini, dengan di Perak sahaja seramai 440 individu yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada ketenteraman awam juga akan diawasi pada pilihan raya umum kali ini,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *