Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PDRM Akur Pemansuhan Hukuman Mati

PDRM Akur Pemansuhan Hukuman Mati

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akur dan berserah kepada budi bicara pihak berkuasa berkaitan soal pemansuhan hukuman gantung sampai mati.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedar terdapat pihak yang melakukan tuntutan pemansuhan hukuman berkenaan.

“Kita sebenarnya serahkan kepada budi bicara pihak berkuasa. Ia tuntutan dilakukan pihak pihak tertentu dan kita akan akur berkaitan perkara ini.

“Saya tidak mahu mengulas berkaitan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Hari Sukan Negara di Puteri Harbour Marina di sini, hari ini.

Kerajaan berhasrat memansuhkan hukuman gantung sampai mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup.

Syor pemansuhan hukuman gantung itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pihak tertentu termasuk terdapat pihak yang menyatakan sokongan bagi pelaksanaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, baru-baru ini memaklumkan kertas kerja berkaitannya kini dalam fasa akhir.

Leave a Reply

Top