Anda di sini!
Utama > Luar Negara > PBB Umum Gencatan Senjata Di Yemen

PBB Umum Gencatan Senjata Di Yemen

Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengumumkan beberapa persetujuan antara musuh dalam perang Yaman, semalam, termasuk satu gencatan di sebuah pelabuhan penting.

Menteri Luar Yaman dan pemimpin pemberontak berjabat tangan pada hari ke tujuh rundingan damai di Sweden dengan PBB menjadi pengantara.

PBB berkata, konflik itu mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk dunia dengan 14 juta penduduk Yaman kini di ambang kebuluran besar-besaran.

Guterres yang datang ke Sweden, lewat kelmarin, mengumumkan bahawa kerajaan Yaman dan pemberontak Huthi bersetuju dengan gencatan di pelabuhan Hodeida yang menjadi pintu masuk utama makanan import dan bantuan.

Katanya, PBB akan memainkan peranan utama di pelabuhan Laut Merah itu yang kini dikuasai pemberontak.

Selain itu, kedua-dua pihak juga mencapai persefahaman mengenai bandar ketiga terbesar Yaman, Taiz. Ia menjadi lokasi pertempuran paling sengit dalam konflik itu.

Katanya, pusingan baharu rundingan dijadualkan berlangsung menjelang akhir Januari depan. – AFP

Leave a Reply

Top