AMERIKA SYARIKAT. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi meluluskan resolusi menggesa rejim Zionis untuk menarik diri dari Bukit Golan, terletak di sempadan Syria-Israel sejak pendudukan haram Tel Aviv pada tahun 1967.

Perhimpunan itu menerima pakai resolusi yang telah dicadangkan 37 negara selepas menerima sokongan majoriti pada 30 November lalu.

Resolusi turut mengecam ketidakpatuhan Israel terhadap Resolusi Majlis Keselamatan 497 (UNSC) dari tahun 1981 sehingga kini dan memutuskan keputusan Tel Aviv pada 14 Disember 1981 untuk mengenakan kawalan ke atas Bukit Golan sebagai tidak sah.

Perhimpunan juga menekankan semula tentang prinsip asas pengambilalihan wilayah dengan kekerasan adalah tidak boleh diterima berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.

Difahamkan, resolusi berkenaan turut menegaskan tentang Konvensyen Geneva mengenai perlindungan individu awam ketika perang yang diguna pakai di Bukit Golan. – Press TV

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *