MH Online

Laman Suara Rakyat

PAS Tetap Sokong GRS

PAS Tetap Sokong GRS

KUALA LUMPUR, PAS mengulangi pendirian menyokong penuh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, Sabtu lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS akan terus berperanan dalam politik Sabah dengan sikap serta gaya yang bersesuaian selaras kedudukan parti itu sebagai antara komponen Perikatan Nasional (PN).

“Sayugia ditegaskan bahawa PAS, terutama di Sabah, memiliki ahli terdiri daripada pelbagai etnik dan suku rakyat Sabah, termasuk yang bukan beragama Islam melalui sayapnya, Dewan Himpunan Pendokong PAS.

“Justeru, PAS yakin kepimpinan kerajaan GRS yang diterajui Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Sabah dengan kerjasama dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan.