MH Online

Laman Suara Rakyat

PAS Tetap Pertahan PN

PAS Tetap Pertahan PN

KOTA BHARU, PAS tetap mempertahankan Perikatan Nasional (PN) walaupun UMNO membuat pendirian baharu mengenai hubungan parti itu dengan perikatan terbabit.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulangi pendirian itu, turut menegaskan parti itu juga akan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

“Kita akan mengadakan perbincangan berhubung perkara ini,” dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung UMNO membuat pendirian dan cadangan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Malam tadi, UMNO memutuskan untuk meletakkan syarat baharu bagi meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.