Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PAS Sokong Penuh Calon UMNO

PAS Sokong Penuh Calon UMNO

KUALA LUMPUR, PAS menyokong penuh langkah UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, yang akan diadakan pada 18 Januari 2020 berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang memihak kepada parti itu melalui calonnya Datuk Seri Anifah Aman.

Ujar Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, PAS yakin UMNO akan meletakkan calon yang paling sesuai sebagai langkah mempertahankan kerusi yang dipegang oleh BN sekian lama.

“Kemenangan BN dalam PRK Kimanis adalah amat penting bagi menguatkan lagi suara pembangkang di peringkat nasional sebagai ‘semak dan imbang’ (check and balance) khususnya dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan Negeri Sabah.

“PAS mengesahkan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS akan hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera BN di Kimanis pada 1 Januari 2020.

“Di samping itu PAS akan menghantar pimpinan kanan parti terutama dari Sabah dan Sarawak untuk menghadiri Hari Penamaan Calon pada 4 Januari 2020 sebagai sokongan kepada calon pembangkang dari BN,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS juga tambah Ahli Parlimen Kota Bharu itu, akan menggerakkan jentera pilihan raya terutamanya dari kawasan-kawasan di Sabah untuk turun membantu calon BN dalam PRK ini bagi memastikan Kimanis kekal di tangan pembangkang.

Leave a Reply

Top