PAS kini bersedia berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum akan datang, kata Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Jika sebelum ini tiada sebarang hubungan bersama-sama PAS namun, kini mereka (PAS) telah menjemput kami untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PPBM di sini, Rabu.
Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung jemputan itu sebaliknya berkata PPBM akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.
PPBM juga telah mengenal pasti kerusi yang mahu ditandinginya dalam pilihan raya umum, katanya.
Berita lain
UMNO Hanya Akan Runding Selepas PRU-15
Semua Menteri UMNO Bertemu Muhyiddin
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara