Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PAS Pahang Mahu Lesen Arak Dinilai Semula

PAS Pahang Mahu Lesen Arak Dinilai Semula

KUANTAN, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) Pas Pahang sepakat mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menilai semula lesen penjualan arak termasuk kedai serbaneka.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Kepenggunaan Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, penjualan perlu berdasarkan kuota tertentu mengikut bilangan orang bukan Islam.

Menurutnya, pihaknya akan mencadangkan kaedah yang dapat memastikan arak tidak dijual sewenang-wenangnya sehingga mencetuskan insiden tidak diingini termasuk kemalangan.

“Mereka yang menjual arak di bar dan kelab juga harus dinilai dan dipantau. Bagi saya ini (kemalangan maut membabitkan pemabuk) ini satu kejadian yang amat menyedihkan dan tidak seharusnya berlaku.

“Kita harap ada pengajaran besar dari insiden ini khasnya kepada pihak berkuasa di peringkat Persekutuan melalui tindakan segera untuk mencegah daripada terus berlaku (pemandu mabuk).

“Sudah lebih tujuh hingga lapan kes dalam tempoh setahun dua ini dan insiden terbabit sangat membimbangkan kerana bukan sahaja membahayakan nyawa malah merosakkan institusi keluarga dan kemasyarakatan dalam negara kita,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Beserah berkata, cadangan itu akan diusulkan di peringkat PBT negeri susulan perbincangan beliau bersama rakan-rakan ADUN Pas hari ini.

Leave a Reply

Top