MH Online

Laman Suara Rakyat

Parti Warisan Sabah, Nama Baharu Parti Shafie Apdal

Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan nama baharu bagi parti yang diterajui beliau sebagai Parti Warisan Sabah (Warisan), menggantikan nama Parti Pembangunan Warisan Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Kelulusan nama dan logo baharu parti yang diambil alih pada 22 Sept lepas itu diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 13 Okt, katanya ketika ditemui media di ROS di sini untuk meminda sedikit perlembagaan parti itu.

Shafie, yang merupakan presiden parti itu berkata Anggota Parlimen Penampang Darell Leikeng adalah timbalan presiden.

Tiga naib presiden terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong, ADUN Likas Junz Wong serta Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia Datuk Peter Anthony, katanya.

Beliau berkata penubuhan parti itu adalah persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.