Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Pakistan Sedia Bertindak Balas

Pakistan Sedia Bertindak Balas

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memaklumkan negara itu bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang tindakan India di wilayah Kashmir sambil menambah ‘sudah tiba masanya untuk memberi (New) Delhi pengajaran’.

Beliau membuat kenyataan itu, ketika situasi tegang antara dua negara berjiran kuasa nuklear terbabit, susulan tindakan mengejut India memansuhkan kuasa autonomi wilayah Kashmir di bawah pentadbirannya, minggu lalu.

“Tentera Pakistan mempunyai maklumat kukuh bahawa India merancang untuk melakukan sesuatu di Kashmir dan kami bersedia untuk bertindak balas.

“Kami sudah membuat keputusan, jika India melakukan apa-apa tindakan kekasaran, kami akan berjuang habis-habisan,” katanya.

Amaran yang dikeluarkan oleh Imran itu dilihat sebagai peningkatan retorik di pihak Pakistan, selepas Islamabad menolak tindakan ketenteraan berhubung pertikaian itu, minggu lalu.

“Sudah tiba masanya untuk memberi anda pengajaran,” kata Khan, ketika berucap sempena sambutan Hari Kemerdekaan Pakistan.

Susulan tindakan New Delhi memansuhkan status istimewa Kashmir, Pakistan melancarkan tindakan diplomatik untuk membatalkan dekri itu dan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi tergempar bagi membincangkan ‘tindakan tidak sah’ India, semalam. – AFP

Leave a Reply

Top