KOTA KINABALU, Operasi pos di Sabah dipertingkatkan bagi menyokong aktiviti e-dagang yang kini semakin meluas di negeri ini yang mana jumlah bungkusan Pos Laju tahun ini meningkat mendadak berbanding tahun lalu.
Dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, jumlah bungkusan Pos Laju meningkat sebanyak 41 peratus kepada 4.86 juta unit berbanding tempoh sama tahun lalu dan ini adalah isyarat rakyat Sabah semakin aktif dalam arena e-dagang.
Sehubungan itu, sebuah pusat Pos Laju ditubuhkan di Lok Kawi, Papar yang mampu mengendalikan 60,000 bungkusan sehari. Ia adalah lonjakan daripada keupayaan 4,000 bungkusan sehari sekali gus memberi peluang pekerjaan baharu kepada penghantar sambilan yang kini mencecah seramai 204 orang.
“Operasi pusat Pos Laju Lok Kawi menjadikan khidmat penghantaran lebih cepat dan sistematik di kawasan liputannya serta mengatasi kelewatan penghantaran yang terjadi akibat peningkatan aktiviti e-dagang semasa pandemik COVID-19,” katanya.
SKMM memberi fokus dan sokongan penuh dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pos dan kurier khususnya di Sabah serta Sarawak bagi memenuhi keperluan pengguna.
Setakat ini ada 44 pejabat Pos, Pos Mini (6), Pusat Pos Laju (8), Kiosk Pos Laju (1), Pusat Pemprosesan Mel (4) dan Pos Bergerak (9) di seluruh Sabah.
Berita lain
UMNO Hanya Akan Runding Selepas PRU-15
Semua Menteri UMNO Bertemu Muhyiddin
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara