Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Operasi Nyah Cemar Bermula Esok

Operasi Nyah Cemar Bermula Esok

KUALA LUMPUR, Operasi nyah cemar bagi menghalang penularan COVID-19 yang akan dilaksanakan bermula esok akan menumpukan kepada beberapa lokasi awam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara lokasi yang menjalani proses itu esok adalah Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya dan Sungai Ramal, Kajang serta beberapa lokasi lain.

Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dipertanggungjawabkan bagi operasi itu akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Insya-Allah, proses ini akan diperluas ke seluruh negara,” katanya pada sidang media di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply

Top