Pelumba trek negara, Azizulhasni Awang, menyumbang satu lagi pingat kepada Malaysia, apabila merangkul gangsa pada final acara keirin Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, awal pagi Rabu.

Azizulhasni atau lebih dikenali dengan gelaran The Rocketpocketman itu melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik.

Perlumbaan yang dibatalkan dua kali selepas pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek itu dimenangi Jason Kenny dari Britain yang juga pingat emas keduanya selepas memenangi acara pecut.

Tempat kedua pula diraih pelumba Belanda, Matthijs Buchli.

 Gangsa yang dimenangi pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu juga adalah pingat kedua yang diraih kontinjen negara selepas penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon memenangi perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita. Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *