Lebuhraya Baru Pantai (NPE) akan ditutup mulai jam 2 pagi hingga 11 pagi Ahad ini bagi memberi laluan kepada larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2017.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi arahan penutupan serta mengikuti laluan lencongan dan alternatif yang disediakan.

Ketua Pegawai Operasi NPE, Wan Salwani Wan Yusoff, berkata NPE mendapat kebenaran Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya (LLM) untuk menutup keseluruhan lebuh raya bagi membolehkan acara larian itu berlangsung.

“Kami jangkakan penutupan lebuh raya itu akan memberi kesan kepada 40,000 pengguna. Beberapa laluan alternatif dan lencongan dibuka supaya pengguna yang terjejas akibat penutupan itu dapat ke destinasi dengan lancar.

“NPE memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi pengguna berikutan penutupan itu,” katanya dalam kenyataan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *