Pelakon wanita popular Nora Danish dan Nedim Nazri dikatakan bakal bernikah pada 30 Mac ini.

Dikatakan majlis pernikahan yang bertemakan tradisional itu akan diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Nora yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Putera Rayqal, dilaporkan akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut diadakan.

Untuk rekod, Nedim Nazri juga merupakan seorang bapa tunggal kepada seorang cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Nabilah Khan pada 2013.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *