Anda di sini!
Utama > Sukan > Neymar Terpaksa Diusung Keluar

Neymar Terpaksa Diusung Keluar

Paris Saint-Germain (PSG) mengorak langkah semakin dekat dalam mendapatkan gelaran Perancis selepas meraih kemenangan 3-0 di laman sendiri ketika menentang saingan Olympique de Marseille pada Ahad.

Namun, Neymar terpaksa meninggalkan padang itu menggunakan alat pengusung pada lewat permainan sewaktu pasukan tersebut berjaya mengungguli Ligue 1 dengan 14 mata.

Kylian Mbappe dan Edinson Cavani meletakkan PSG kepada 71 mata daripada 27 perlawanan selepas persembahan klinikal di Parc des Princes.

Pada perlawanan tersebut, PSG menerima enam layangan kad kuning, manakala pasukan pelawat pula lima.

PSG terpaksa menghabiskan perlawanan dengan 10 pemain selepas Neymar diusung keluar kerana dipercayai mengalami kecederaan pada buku lali hanya lapan minit dari masa tamat dan Unai Emery sudahpun melakukan tiga kali pertukaran pemain.

Bercakap selepas perlawanan, Emery bersikap positif terhadap status pemain bintangnya.

“Jika saya terpaksa mengundi pasukan Real Madrid sekarang, saya akan mengatakan bahawa Neymar boleh bermain.

“Nampak seperti dia terseliuh. Tapi, akan ada ujian selanjutnya untuk mengetahui kecederaan dialami. Kami optimis,” kata Emery. – Eurosport

Leave a Reply

Top