Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Netanyahu Bakal Didakwa

Netanyahu Bakal Didakwa

Polis Israel berkata, mereka sudah ada cukup bukti untuk memfailkan pertuduhan terhadap kes rasuah dan penipuan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan isterinya dalam kes rasuah ketiga terhadap pemimpin Israel itu.

Pihak berkuasa mendakwa, Netanyahu memberikan kelonggaran kawal selia kepada syarikat telekomunikasi utama Israel, Bezeq Telecom Israel sebagai balasan kepada liputan positif terhadapnya dan isteri dalam laman berita Walla yang dimiliki syarikat itu. Netanyahu menafikan segala salah laku.

Jika didakwa, perdana menteri untuk penggal keempat itu bakal berdepan cabaran terhebat bagi kelangsungan politiknya. Walaupun beliau mendominasi politik Israel, cadangan polis terbaharu itu dikeluarkan, sebaik selepas majoriti pakatan nasionalis beliau hanya tinggi satu kerusi di parlimen.

Keputusan akhir untuk mendakwa terserah kepada peguam negara yang kini masih menimbangkan sama ada mahu mendakwa dua lagi kes Netanyahu, sebelum ini. – Reuters

Leave a Reply

Top