Anda di sini!
Utama > Hiburan > Nelydia Serius Ceburi Dunia Peragaan

Nelydia Serius Ceburi Dunia Peragaan

Pelakon, Nelydia Senrose, semakin serius menceburi dunia fesyen apabila terbabit dalam projek khas baju raya di bawah jenama sendiri.

Sebelum ini, aktres berusia 23 tahun itu mengeluarkan koleksi pakaian tidur.

Menerusi projek Aidilfitri terbabit, adik kepada Uqasha Senrose ini mahu memartabatkan songket yang dilihatnya mempunyai nilai tersendiri.

“Kiranya, inilah projek pertama saya untuk baju raya. Saya memilih material songket kerana gemar dengan konsep minimalis dan ringkas. Malah, ia tampak klasik, manis dan mempunyai sentuhan budaya Melayu.

“Jadi, kenapa tidak saya memartabatkan semula konsep songket yang memang dikenali dalam budaya kita ini?” katanya.

Menurut bintang Encik Suami Mat Salih Celup itu lagi, beliau dilamar untuk menghasilkan koleksi raya terbabit oleh pihak Starvilion sejak Mac lalu.

“Masanya memang agak singkat. Tetapi, saya sahut cabaran ini apabila ada kata sepakat yang dicapai. Saya bebas dalam menentukan rekaan selain berpeluang menyerlahkan idea baharu.

“Malah, ketika tawaran menjalinkan kerjasama ini datang, saya sibuk dengan penggambaran drama. Jadi, memang tidak cukup tidur dibuatnya. Begitupun saya memang berpuas hati dengan hasilnya,” kata Nelydia mengenai pakaian yang dijual pada harga RM89 hingga RM400 itu.

Mengenai perkembangan seni, Nelydia kini melunaskan penggambaran drama 100 episod, Cinta Tiada Ganti. Ia sebuah naskhah adaptasi daripada drama terkenal Filipina, Sanay Wala Nang Wakas.

Leave a Reply

Top