Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Negeri Perlu Selaras Dengan MKN

Negeri Perlu Selaras Dengan MKN

KUALA LUMPUR, Kerajaan meminta segala pelaksanaan perintah berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di peringkat Persekutuan diselaraskan di negeri masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan untuk membenar pengoperasian premis perniagaan atau kilang hanya akan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada masa ini.

Beliau berkata, jika perkara sedemikian diselaraskan, maka sokongan dan bantuan daripada kerajaan Persekutuan akan lebih lancar.

“Sebenarnya keputusan untuk membuka atau menutup premis, kilang adalah ditentukan oleh MKN. Ditentukan MKN bukan (pada) hari biasa.

“Kalau hari biasa PBT (pihak berkuasa tempatan) boleh membenar atau tidak membenarkan industri atau premis perniagaan termasuk bengkel. (Operasi premis) ini bukan hari biasa, waktu ini MKN hanya keluarkan arahan dan SOP.

“Saya amat berharap supaya semua keputusan membabitkan negeri dan daerah mesti diselaraskan dengan kerajaan Persekutuan dan keputusan berdasarkan keputusan MKN.

“Jadi, saya harap perkara ini dapat kita selaraskan supaya segala sokongan KKM (Kementerian Kesihatan), daripada polis, ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dapat kita selaraskan untuk membantu mereka. Saya harap tidak berlaku perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply

Top