Share on Facebook

Satu kajian terbaharu mendapati bahawa najis manusia mempunyai keunikan yang sama seperti cap jari dan mampu memberi kesan mengagumkan dalam rawatan peribadi dan khusus, lapor satu kajian di New Zealand hari ini.

Dalam kerjasama menarik membabitkan artis dan ahli akademik ini, saintis di Universiti Auckland mengkaji bahan buangan artis terkenal Billy Apple.

Apple, yang menuntut di London Royal College of Art sebelum berpindah ke New York di mana beliau bekerjasama dengan Andy Warhol dan artis-artis pop lain pada 1960-an, mengumpul tisu tandasnya yang kotor untuk projek Excretory Wipings.

Mereka mendapati, hampir separuh daripada spesies bakteria yang hadir dalam kerja seni Apple berjudul ‘Excretory Wipings’ pada 1970 masih hadir di dalam tubuhnya 46 tahun kemudian.

Menurut penyelidik, ini bermakna kajian mereka yang diterbitkan dalam Human Journal of Microbiome Human menunjukkan kemajuan dalam perubatan peribadi mungkin perlu mempertimbangkan bukan sahaja gen individu seseorang, tetapi juga mikrobiome unik mereka.

Mikrobiome bermaksud populasi mikrob yang hidup di dalam dan di atas tubuh manusia. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *