Datuk Seri Najib Razak tiba di Rumah Putih untuk menemui Presiden Donald Trump dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Amerika Syarikat (AS), pagi ini (waktu tempatan).

Beliau adalah Perdana Menteri ketiga mengunjungi Presiden AS di Rumah Putih selepas Tun Dr Mahathir Mohamad pada Januari 1984 dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Julai 2004.

Kunjungan Najib atas jemputan Trump ini amat signifikan kerana diadakan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Ketibàan Perdana Menteri di West Wing Rumah Putih pada jam 11.45 pagi, disambut oleh Trump.

Selepas itu, beliau dibawa ke Roosevelt Room untuk menandatangani buku tetamu, diikuti pertemuan empat mata dalam Oval Office Rumah Putih.

Sejurus kemudian, kedua-dua pemimpin bersama delegasi Malaysia dan AS mengadakan mesyuarat di Cabinet Room.

Delegasi Malaysia ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Delegasi AS pula ialah Naib Presiden, Mike Pence; Setiausaha Negara, Rex Tillerson; Menteri Pertahanan James Mattis; Ketua Staf, Jeneral John Kelly; Penasihat Keselamatan Negara Leftenan, Jeneral HR McMaster dan Penasihat Kanan, Jared Kushner.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *