Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Najib Seorang Yang Berani

Najib Seorang Yang Berani

KUALA LUMPUR,Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seorang yang berani dalam mempertahankan kebenarannya.

Justeru, katanya, bekas Perdana Menteri itu memilih untuk membela diri terhadap semua pertuduhan menerusi keterangan bersumpah.

“Menjangka keputusan mahkamah meminta DS (Datuk Seri) Najib membela diri. DS Najib memilih pilihan pertama iaitu kenyataan bersumpah dan boleh disoal-balas oleh pihak pendakwa.

“Ini membuktikan DS Najib berani dalam mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah. Semoga ALLAH beri kekuatan dan keadilan kepada DS Najib,” katanya dalam satu catatan di laman sosial Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Najib memilih untuk membela diri terhadap semua tujuh tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram menerusi keterangan bersumpah.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberi arahan kepada Najib untuk membela diri atas semua pertuduhan membabitkan dana RM42 juta untuk kes syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 10 hari iaitu 3, 4, 9 hingga 12 dan 16 hingga 19 Disember ini untuk Najib dibicarakan.

Sementara itu Zahid turut menyaran ahli parti agar memberikan sokongan terhadap Najib yang juga merupakan bekas Presiden UMNO itu dalam mempertahankan kebenarannya.

“Kita lawan habis-habisan,” katanya mengakhiri catatan tersebut.

Leave a Reply

Top