MH Online

Laman Suara Rakyat

Najib Bengang Dipersalahkan

Najib Bengang Dipersalahkan

KUALA LUMPUR, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tuduhan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa beliau hilang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah disebabkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Najib menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini, bertanya mengapa beliau yang dipersalahkan apabila pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu hilang jawatannya buat kali kedua.

Bekas Perdana Menteri turut mendakwa Ahli Parlimen Jerlun itu berbohong dan meminta Mukhriz mengemukakan bukti bagi menyokong tuduhannya.

“Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini (Mukhriz) hilang kerja? Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula, saya cuma #stayathome main FB, kucing dan makan super ring,” katanya.

“Dalam bulan Ramadan ini pun, dia sanggup berbohong macam ni,” kata Najib.

Terdahulu, Mukhriz pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah, mendakwa Najib sebagai dalang di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Kedah selain menyebabkan beliau hilang jawatan sebagai Menteri Besar.